Berkuatkuasa 1 Jun 2012, pembiayaan semua pinjaman mestilah mempunyai baki gaji bersih bulanan (Setelah ditolak potongan KPATB) tidak kurang 40% daripada jumlah gaji hakiki (pokok). 
Makluman pada semua ahli Kpat Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-42 akan diadakan pada 03 Jun 2012 bertempat di Wisma Felcra . Ahli yang layak mengundi ialah ahli yang aktif sahaja yang menjadi anggota KPAT sehingga 03 MEI 2012. Ahli yang terhenti iaitu ahli yang tidak mencarum yuran selama 3 bulan berturut -turut dan ahli yang berhenti (Lulus dalam Mesyuarat Lembaga) termasuk ahli yang berhenti dan terhenti pada bulan May 2012 tidak layak mengundi.
TARIKH : 03 JUN 2012 (AHAD) 
MASA PENDAFTARAN : 7.30 - 9.30 PAGI
TEMPAT : WISMA FELCRA
LOT 4780 JALAN REJANG
SETAPAK JAYA
50772 KUALA LUMPUR
Map : Wisma Felcra
Notis Mesyuarat Agung
Buku Laporan Tahunan 2011
Sumbangan Pendidikan Cemerlang bagi anak anggota yang cemerlang pada 2011 boleh memohon dengan mengisi borang permohonan.Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 MEI 2012. 
Borang Anak Cemerlang
Kami telah menukar kaedah pinjaman biasa kepada Islamic berkuatkuasa pada 1 SEPTEMBER 2011. Borang pinjaman boleh di muat turun dan ahli perlu mengisi keenam-enam helaian kecuali pinjaman ekspress di mana ahli tidak perlu mengisi borang KPAT - (P) 2. Contoh isi Borang Pinjaman
Berkuatkuasa pada 1 OGOS 2011 semua penyata baki yang diminta oleh anggota akan dikenakan caj bayaran sebanyak RM15.00 bagi setiap penyata yang diminta. Pihak yang memohon penyata tersebut perlu menjelaskan bayaran terlebih dahulu kepada Koperasi secara tunai atau cek/draft bank (cashier order) atas nama "Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad" atau kredit (bank in) terus melalui Akuan Semasa Koperasi di Affin Bank Berhad ke akaun bernombor 100040007138 yang mana salinan slip "bank in" dikemukakan kepada Koperasi bagi mendapatkan penyata tersebut.
Makluman kepada ahli koperasi yang telah behenti dari 2004-2010 dan tidak menuntut saham kembali sila hubungi koperasi.Sila buat surat rasmi untuk menuntut saham tuan/puan sekiranya nama anda tersenarai dan poskan atau faxkan kepada kami seperti alamat dan no fax di bawah.Tuliskan no akuan tuan/puan sekiranya tuan/puan hendak masukkan duit tersebut ke dalam akaun.Harap maklum.
Senarai ahli koperasi yang behenti dari 2004-2010 yang tidak menuntut saham