Bantuan Persekolahan Bagi Sesi 2021

Permohonan ini telah ditutup pada 31 Januari 2021.

NOTA : Sila Cetak Borang Bantuan Persekolahan bagi sesi 2021.Borang yang lengkap hendaklah dihantar kepada Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Telah menjadi Anggota Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad tidak kurang tiga(3)tahun secara berterusan pada tarikh tutup permohonan. (Sertakan bersama salinan MyTentera/Kad Pengenalan Anggota).

2. Keutaman kepada anak-anak sah(tidak termasuk anak angkat, anak saudara, anak tiri, dan anak selainya yang dijadikan tanggungannya) kepada anggota yang mempunyai bilangan anak yang bersekolah sekurang-kurangnya 2 orang dan ke atas(pembuktian anak sah dan bersekolah perlu disertakan).

3. Keutamaan sumbangan adalah kepada anggota yang mempunyai pendapatan(gaji pokok) tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan(Pembuktian penyata gaji terkini diperlukan dan hendaklah disertakan) atau anggota yang mempunyai pencen tidak melebihi RM 1,500.00 sebulan (Pembuktian penyata gaji terkini diperlukan dan hendaklah disertakan).

4. Kadar sumbangan atau bantuan adalah sebanyak RM 200.00 sahaja berdasarkan kelayakan melibatkan anak anggota yang masih bersekolah Rendah (Tahun 1-6) dan Menengah (Tingkatan 1-5)

5. Hanya seorang (1) anak sahaja diberikan bantuan persekolahan bagi setiap keluarga.

6. Segala keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa adalah muktamad.

7. Tarikh tutup permohonan pada 31 JANUARI 2021. Borang permohoan yang lengkap perlu dihantar ke alamat dibawah dan borang permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan.

Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad ,
No 35A-1-1 Jalan Wangsa Delima 5, Seksyen 5,
Pusat Bandar Wangsa Maju (KLSC II),
53300 Kuala Lumpur

Comments are closed.