Bantuan Persekolahan


NOTA : Sila Cetak Borang Permohonan Bantuan Persekolahan 2018. Borang Yang Lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad.

          

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Telah menjadi Anggota Koperasi ini lebih tidak kurang (3) tahun.
  2. Keutamaan kepada anak-anak sah (tidak termasuk anak angkat,anak saudara,anak tiridan anak selainnya yang dijadikan tanggungannya) kepada anggota yang mempunyaibilangan anak yang bersekolah sekurang-kurangnya 2 orang dan ke atas (pembuktiananak sah dan bersekolah perlu disertakan
  3. Keutamaan sumbangan adalah kepada anggota yang mempunyai pendapatan (gaji pokok) tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan (Pembuktian penyata gaji terkini diperlukan dan hendaklah disertakan) atau anggota yang mempunyai pencen tidak melebihi RM 1,500.00 sebulan (Pembuktian penyata pencen terkini diperlukan dan hendaklah disertakan
  4. Kadar sumbangan atau bantuan adalah sebanyak RM200 sahaja berdasarkan kelayakan  melibatkan anak anggota yang masih bersekolah Rendah (Tahun 1- 6) dan Menengah (Tingkatan 1-5)
  5. Hanya seorang (1) anak sahaja diberi bantuan persekolahan bagi setiap keluarga
  6. Segala keputusan yang dibuat oleh lembaga adalah muktamad

DOKUMEN DIPERLUKAN

  • Borang permohonan
  • Salinan My Tentera @ My Kad
  • Salinan surat beranak atau perakuan kelahiran (ahli lelaki) manakala salinan surat beranak (ahli wanita) yang disahkan oleh Guru Besar / Pengetua Sekolah/Pegawai Pemerintah.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Januari 2018

 

 

 

Comments are closed.