Kerjaya

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF  (KONTRAK)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPATB).

Deskripsi Tugas:

  • Meneraju organisasi dengan kepimpinan ke arah keberkesanan fungsi dan berkemahiran tinggi dalam bidang perniagaan.
  • Bertanggungjawab untuk mengurus dan mengawasi hal-hal pentadbiran, kewangan, sumber manusia, pembiayaan, sistem komputer, aset pelaburan hartanah dan lain-lain bagi mencapai objektif organisasi.
  • Calon adalah dari individu yang dinamik dengan kelayakan dan berpengalaman dalam merancang strategi dan mencapai matlamat organisasi menerusi visi dan halatuju yang ditetapkan.
  • Bertanggungjawab mengurus operasi anak syarikat milik penuh KPATB.
  • Jawatan ini bertanggungjawab untuk melapor keseluruhan operasi dan kedudukan kewangan syarikat kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK).

Tempoh Kontrak: Dua (2) tahun dan boleh disambung dengan kelulusan Anggota Lembaga Koperasi (ALK).

Syarat Minimum Kelayakan:

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pentadbiran Perniagaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan/Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Mempunyai pengalaman di peringkat pengurusan tinggi sekurang-kurangnya 10 tahun. Pengalaman sebagai Pengurus mana-mana agensi / syarikat adalah sesuatu kelebihan.
  • Mesti mempunyai kemahiran komunikasi dan penulisan yang baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
  • Jawatan ini adalah jawatan utama dan pegawai adalah bertanggungjawab merangka pelan strategik, integriti organisasi, pengurusan risiko dan melaksanakan polisi organisasi.
  • Mempunyai pengalaman dalam sektor koperasi adalah suatu kelebihan.

Cara Memohon:

a) Calon yang berminat dan memenuhi semua syarat-syarat, sila kemukakan:

  1. Resume dengan Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sertakan salinan sijil yang berkaitan), pengalaman kerja dan sekeping gambar bersaiz pasport.

b) Hanya permohonan yang lengkap akan diterima. 

c) Permohonan yang berikut akan ditolak :

  1. Tidak lengkap dan tidak jelas.
  2. Salinan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan.
  3. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dikehendaki
  4. Tidak disertakan gambar berukuran pasport atau salinan dokumen yang diperlukan.

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2020

Permohonan lengkap hendaklah dikemukakan kepada:

PENGURUS

KOPERASI PERUMAHAN ANGKATAN TENTERA BERHAD

NO.35A-1-1 JALAN WANGSA DELIMA 5

SEKSYEN 5, PUSAT BANDAR WANGSA MAJU

53300 KUALA LUMPUR

 ATAU 

emailkan kepada:

kpatb@kpatb.com.my

Comments are closed.