Permohonan Keanggotaan


SYARAT KEANGGOTAAN

Keanggotaan KPATB ini terbuka kepada anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia, anggota sukarela Angkatan Tentera Malaysia yang dikerah sepenuh masa, kakitangan awam yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan.

Seseorang yang ingin menjadi ahli KPATB mestilah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Telah mencapai umur lapan belas tahun;
  • Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi;
  • Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, kurang upaya mental atau¬† bankrap atau telah dibuang daripada keanggotaan mana-mana pertubuhan dalam tempoh satu tahun;

PROSES PENDAFTARAN

Permohonan menjadi anggota hendalah dibuat dalam borang rasmi KPATB. Sila sertakan salinan dokumen berikut:

  • Salinan My Tentera / Kad Pengenalan depan dan belakang
  • Tiap-tiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah disertakan dengan bayaran proses masuk sebanyak RM20.00;
  • Bekas anggota untuk memohon semula untuk menjadi ahli akan dikenakan RM100.00;

MODAL SYER DAN YURAN

Tiap-tiap anggota perlu menjelaskan bayaran RM100(syer) dari tarikh menjadi anggota dan potongan minimum yuran bulanan RM30 sebulan maksimum RM500 sebulan.

Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dipertimbangkan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah, dan boleh menerima atau menolak sebarang permohonan tanpa menyatakan apa-apa sebab.

 

NOTA : Sila Cetak Borang Permohonan Keanggotaan. Borang Yang Lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad.

 

 

Comments are closed.