NOTA : Sila Cetak Borang Permohonan Pembiayaan. Borang Yang Lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad.
SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN BIASA
KELAYAKAN
- Telah genap enam (6) bulan menjadi anggota Koperasi dan telah menjelaskan sepenuhnya yuran bulanan untuk tempoh dan membayar fi masuk sebanyak RM20.00 dan syer berjumlah RM100.
- Anggota yang memenuhi syarat-syarat kelayakan potongan gaji seperti berikut :-
- Bagi Anggota Tentera dan Awam yang berkhidmat di bawah KEMENTAH, keseluruh potongan gaji tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan (gaji pokok + elaun perkhidmatan)
HAD DAN TEMPOH BAYARAN
Had minima adalah RM500.00 dan maksima RM100,000. Tempoh bayaran tidak melebihi 120 bulan (10 Tahun)
PENJAMIN
Pembiayaan sehingga RM1 ,000 – RM10,000 (1 penjamin)
Pembiayaan sehingga RM10 ,001.00 – RM100,000 (2 penjamin)
Penjamin mestilah dari kalangan anggota KPAT yang masih dalam perkhidmatan.
KADAR KEUNTUNGAN
Kadar keuntungan yang ditetapkan oleh Koperasi ke atas Jualan Harga Tangguh adalah sebanyak 6.5% setahun yang menggunakan Konsep Tawarruq.
BAYARAN FI PROSES
Setiap pembiayaan yang diluluskan akan dikenakan bayaran Fi Proses sebanyak RM57.00.
BAYARAN FI PEMATUHAN SYARIAH (TAWARRUQ)
Setiap pembiayaan yang diluluskan akan dikenakan bayaran Fi Pematuhan Syariah sebanyak RM50.00
SINGKING FUND
SINGKING FUND sebanyak 1 % akan dikutip dari jumlah pembiayaan yang diluluskan dan akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Perlindungan Peminjam.
TABUNG KHAIRAT KEMATIAN
Kadar bayaran sebanyak 2% setahun ke atas jumlah pembiayaan yang telah diluluskan akan dikenakan bagi melindungi pembiayaan sekiranya berlaku kematian. Kadar ini yang ditetapkan oleh Lembaga dari masa ke masa, akan dikutip dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.
- DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN
- Salinan MyTentera / Kad Pengenalan pemohon dan penjamin
- Penyata Gaji Asal bulan terakhir pemohon dan penjamin
- Penyata Gaji Asal Tiga (3) bulan terkini (Pemohon Awam) dan penjamin
- Perbah II / Senarai KPJ & K atau Surat Kuasa menyambung perkhidmatan yang dikeluarkan oleh CSM/JRP dan disahkan oleh Pegawai Rekod Pasukan (Jika Perlu)
- Penentuan Had Kelayakan Pembiayaan (Pemohon Awam)
- Persetujuan Membenarkan Potongan Gaji (Penjamin Awam)
- Surat Pengakuan Penjamin Biro Perkhidmatan ANGKASA
- Surat Pengakuan – Biro Perkhidmatan ANGKASA (Anggota Baru)
