Pinjaman Ekspres II


NOTA : Sila Cetak Borang Permohonan Pembiayaan/Pinjaman Ekspres II. Borang Yang Lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad.
 

 

SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN EKSPRES II

KELAYAKAN

  • Telah genap enam (6) bulan menjadi anggota Koperasi dan telah menjelaskan sepenuhnya yuran bulanan untuk tempoh dan membayar fi masuk sebanyak RM20 dan syer berjumlah RM100.
  • Anggota yang memenuhi syarat-syarat kelayakan potongan gaji seperti berikut :
    1. Bagi Anggota Tentera dan Awam yang berkhidmat di bawah KEMENTAH, keseluruh potongan gaji tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan (gaji pokok + elaun perkhidmatan)

HAD DAN TEMPOH BAYARAN
Had minima adalah RM500 dan maksima RM 5,000. Tempoh bayaran adalah di antara 6 hingga 36 bulan.

JAMINAN
Jaminan peribadi tidak diperlukan , di mana anggota bersetuju membayar Wang Jaminan dan Skim Perlindungan Pembiayaan (SPP) sebanyak 1%.

KADAR KEUNTUNGAN
Kadar keuntungan yang ditetapkan oleh Koperasi ke atas Jualan Harga Tangguh adalah sebanyak 6.75%  setahun yang akan disebut semasa Akad Jual Beli menggunakan Konsep Tawarruq.

BAYARAN PERKHIDMATAN
Bayaran caj perkhidmatan serta SINGKING FUND (0.5% setahun) akan dikutip dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.

  • Dokumen – Dokumen Sokongan
  1. Salinan MyTentera / Kad Pengenalan pemohon
  2. Penyata Gaji Asal bulan terakhir pemohon
  3. Penyata Gaji Asal Tiga (3) bulan terkini (Pemohon Awam)
  4. Perbah II / Senarai KPJ & K atau Surat Kuasa menyambung perkhidmatan yang dikeluarkan oleh CSM/JRP dan disahkan oleh Pegawai Rekod Pasukan (Jika Perlu)
  5. Penentuan Had Kelayakan Pembiayaan (Pemohon Awam)
  6. Surat Pengakuan – Biro Perkhidmatan ANGKASA (Anggota Baru)

 

 

 

 

Comments are closed.