Pembiayaan 75% atas Yuran

NOTA : Sila Cetak Borang Permohonan Pembiayaan 75% atas Yuran (Sandaran Yuran). Borang Yang Lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad. 

SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN 75% ATAS YURAN (SANDARAN YURAN)

KELAYAKAN

  • Mana-mana individu yang telah diterima masuk menjadi anggota Koperasi ini dan menyempurnakan bayaran syer (saham) sekurang-kurangnya RM 100.00 sepertimana undang-undang kecil 55.
  • Mempunyai baki saham dan yuran terkumpul tidak kurang nilai 75% daripada jumlah pembiayaan dibenarkan termasuk keuntungan atau kos perkhidmatan pembiayaan yang keseluruhannya tidak melebihi RM 50,000.
  • Tiada tanggungan sebarang hutang atau pinjaman Koperasi dan bebas daripada tanggungan jaminan atau tidak lagi menjamin mana-mana pinjaman atau hutang anggota lain di Koperasi ini.
  • Anggota yang telah mendapat pembiayaan dari Koperasi ini tetapi masih belum selesai membayar balik pembiayaan tersebut, adalah  tidak layak mendapat pembiayaan ini.
  • Mana-mana anggota yang masih belum selesai menjelaskan sepenuhnya pembiayaannya di institusi kewangan yang sama melalui Koperasi ini dan/atau koperasi lain tidak layak mendapatkan pembiayaan ini sehingga pembiayaannya itu selesai sepenuhnya.

HAD DAN TEMPOH BAYARAN

  • Manakala had minima pembiayaan pokok tidak kurang RM 500.00 (lima ratus ringgit sahaja).
  • Tertakluk budi bicara dan pertimbangan Lembaga dari masa ke semasa, had maksima pembiayaan pokok dibenarkan tidak melebihi 75% dari syer dan caruman yuran terkumpul anggota tersebut sehingga ringgit lima puluh ribu Sahaja (RM 50,000.00) mana yang kurang termasuk keuntungan (margin) atau kos perkhidmatan pembiayaan sepanjang tempoh pembiayaan tersebut
  • Tempoh bayaran adalah di antara 6 hingga 24 bulan.

PENJAMIN

Tiada penjamin diperlukan.

KADAR KEUNTUNGAN

Kadar keuntungan yang ditetapkan oleh Koperasi ke atas Jualan Harga Tangguh adalah sebanyak 6.5% setahun yang akan disebut semasa Akad Jual Beli menggunakan Konsep Tawarruq.

BAYARAN FI PROSES

Setiap pembiayaan yang diluluskan akan dikenakan bayaran Fi Proses sebanyak RM57.00.

BAYARAN FI PEMATUHAN SYARIAH (TAWARRUQ)

Setiap pembiayaan yang diluluskan akan dikenakan bayaran Fi Pematuhan Syariah sebanyak RM50.00.

SINGKING FUND

SINGKING FUND sebanyak 1 % akan dikutip dari jumlah pembiayaan yang diluluskan dan akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Perlindungan Peminjam.

TABUNG KHAIRAT KEMATIAN

Kadar bayaran sebanyak 2% setahun ke atas jumlah pembiayaan yang telah diluluskan akan dikenakan bagi melindungi pembiayaan sekiranya berlaku kematian. Kadar ini yang ditetapkan oleh Lembaga dari masa ke masa, akan dikutip dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.

DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN

  1. Salinan MyTentera / Kad Pengenalan pemohon.
  2. Penyata Gaji Asal bulan terakhir pemohon. (Jika Diperlukan)

Comments are closed.